BIARPUN tinggal seminggu lagi umat Islam bakal meraikan Aidilfitri, pasangan selebriti popular, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim masih belum membuat persiapan raya. Semuanya gara-gara kesibukan pasangan tersebut yang terlibat dalam Konsert Gergasi KRU25 yang melabuhkan tirainya pada 6 Mei lalu. Dalam konsert terakhir KRU yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur itu, Lisa bertindak selaku penerbit, manakala Yusry sebagai penyanyi. Menurut Lisa, 33, yang ditemui pada pratonton program Raya Astro baru-baru ini, kebiasaannya persiapan raya seperti pakaian telah disiapkan sebelum Ramadan, namun tahun ini berbeza. “Biasanya memang saya telah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya