BEIJING 5 Jun – Sebuah trak membawa bahan letupan meletup di hadapan pintu masuk lombong bijih besi di timur laut negara ini, menyebabkan 11 orang maut. Kejadian itu turut mencederakan sembilan orang dan mengakibatkan 25 yang lain terperangkap di bawah tanah. Sesetengah mangsa yang terperangkap dalam lombong terbabit berjaya menghubungi pasukan penyelamat. Pihak berkuasa tempatan Benxi, di mana letupan itu berlaku, telah menghantar pasukan penyelamat ke tempat kejadian. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya