KANGAR 10 Jun – Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) menggesa kerajaan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan supaya menghentikan amalan meletakkan ahli-ahli politik yang tiada berpengetahuan dalam perniagaan bagi menguruskan syarikat milik kerajaan (GLC) negara mahu pun kerajaan negeri. Naib Presidennya, Datuk Zahar Hashim berkata, amalan tersebut mengakibatkan banyak kerugian dalam urus tadbir korporat sehingga menyebabkan matlamat untuk membantu Bumiputera dalam perniagaan gagal dicapai. Beliau yang juga Pengerusi DPIM Perak menambah, lebih malang usahawan-usahawan daripada golongan itu terpaksa bersaing dengan GLC yang mempunyai modal lebih besar. “DPIM sehubungan itu mencadangkan supaya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya