Perusahaan lemang asli yang diusahakan oleh Allahyarham Md. Ramli Abdul Rasip atau lebih dikenal sebagai Pak Ali sejak tahun 1984 di Hulu Kelang Kuala Lumpur memang menjadi sebutan sejak sekian lama. Setiap kali Ramadan dan Syawal, orang ramai pastinya berpusu-pusu ke gerai Pak Ali Lemang Asli di Jalan Lingkaran Tengah 2 berdekatan susur masuk Taman Melawati, Hulu Kelang. Kawasan tersebut begitu sinonim dengan lemang asli Pak Ali. Lemang asli yang kini diusahakan oleh keluarga Pak Ali bersama pekerja-pekerjanya menjadi kesukaan masyarakat termasuk pelanggan yang sanggup datang dari jauh kerana teksturnya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya