KOTA SAMARAHAN – Malang menimpa seorang lelaki apabila dia menemui ajal selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah Perodua Alza di Jalan Residen off Kilometer 1 di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, mangsa, Azhar Medhi, 38, disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan oleh petugas perubatan akibat kecederaan parah dialaminya. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila Perodua Alza yang dipandu wanita berusia 26 tahun dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh di jalan berkenaan sebelum merempuh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya