MOSCOW 8 Jun – Media tempatan Rusia baru-baru ini mengeluarkan laporan mengenai Taras Shelest, lelaki yang menyamar menjadi juruterbang. Menariknya, Shelest tidak pernah mengikuti pengajian penerbangan di universiti dan memalsukan sijil diplomanya, namun dia didakwa sudah ‘menerbangkan’ beribu-ribu penumpang di seluruh dunia selama beberapa tahun sehinggalah berlaku satu insiden yang mendedahkan identitinya. Lapor Oddity Central, pada Ogos 2015, Shelest bertugas sebagai pembantu juruterbang dari Moscow ke Cyprus dan ketika memasuki ruang udara Ukraine, dia menghubungi menara kawalan dan menuturkan ucapan pelik – ‘Kemenangan kepada Ukraine!’ – berbanding menggunakan ucapan protokol…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya