SINGAPURA 2 Jun – China menyelar `kenyataan tidak bertanggungjawab’ Amerika Syarikat (AS) terhadap pembinaan struktur ketenteraan Beijing di Laut China Selatan. Leftenan Jeneral He Lei yang menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Asian-Dialog Shangri-La di sini berkata, sebarang kenyataan yang tidak bertanggungjawab dari negara-negara lain tidak boleh diterima. He Lei berkata demikian beberapa jam selepas Setiausaha Pertahanan AS, Jim Mattis memberitahu sidang kemuncak berkenaan bahawa pembinaan tersebut dan penghantaran sistem senjata di perairan yang menjadi pertikaian itu bertujuan untuk menakut-nakutkan negara jirannya. – AFP habis.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya