MELAKA 25 Jun – Pusat Perubatan Mahkota melalui Pusat Wanita dan Kanak-kanak Mahkota menyasarkan kutipan dana sebanyak RM138,000 dan penyertaan 2,000 peserta pada acara Larian Amal Mahkota ‘Beautiful Rush’ yang bakal berlangsung pada 7 Oktober depan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Stanley Lam berkata, acara yang memasuki tahun keempat anjuran pihaknya itu diadakan dengan kerjasama Kelab Marathon Skyhawk Melaka dalam usaha mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada kumpulan wanita dan kanak-kanak berke-perluan khas. Menurutnya, kali terakhir acara sama diadakan pada tahun 2016 berjaya mengumpulkan dana lebih RM123,000 dengan penyertaan lebih 1,500 peserta dari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya