KUALA LUMPUR 30 Jun- Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya mengekalkan jawatan itu selepas tiada calon lain yang mencabar jawatan tersebut. Mesyuarat Perwakilan bagi UMNO Bahagian Putrajaya diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bersama-sama dengan UMNO Bahagian Subang dan Bukit Bintang. Ketika ini, kesemua peti undi UMNO Putrajaya telah dibawa keluar dari dewan bagi memulakan proses pengiraan undi dan keputusan dijangka diumumkan bermula pada pukul 6 petang ini. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya