KANGAR – Tengku Razaleigh Hamzah yakin UMNO mampu bangkit semula dan menerima sokongan orang Melayu jika ahlinya diberi kebebasan bercakap dan menegur pemimpin mereka. Katanya, itulah yang dimahukan oleh ahli UMNO selepas parti tersebut mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya umum lalu. “Mereka mahukan perubahan,” katanya selepas menemui pemimpin-pemimpin UMNO Perlis di Hotel Putra Regency di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim. Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi yang juga Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man tidak kelihatan. Tengku Razaleigh mengulas hasil pertemuannya dengan pucuk pimpinan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya