ALOTENANGO, Guatemala – Pekerja-pekerja penyelamat semalam mengeluarkan lebih banyak mayat dari bawah abu dan runtuhan akibat letusan gunung berapi Fuego di Guatemala, menjadikan angka korban meningkat kepada sekurang-kurangnya 69 orang. Ketua Institut Sains Forensik Kebangsaan, Fanuel Garcia berkata, 17 mayat telah dikenal pasti setakat ini. Seramai 46 mangsa cedera dalam bencana itu, kebanyakannya serius, manakala lebih 1.7 juta orang terjejas termasuk 3,271 penduduk yang diarahkan berpindah dan 1,787 orang yang berada di pusat perlindungan sementara di daerah Escuintla, Sacatepequez dan Chimaltenango. Gunung berapi setinggi 3,763 meter itu meletus Ahad lalu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya