EL RODEO, GUATEMALA 5 Jun – Jumlah mangsa yang terkorban akibat letusan gunung berapi Fuego di sini meningkat kepada 69 orang ketika orang ramai berusaha mencari ahli keluarga mereka yang hilang di jalan-jalan raya yang dilitupi abu dan juga di bilik-bilik mayat sementara. Agensi bencana alam Guatemala, CONRED memaklumkan jumlah mangsa meningkat selepas pihaknya berjaya menarik keluar mayat daripada runtuhan di kawasan perkampungan El Rodeo yang paling teruk terjejas akibat letusan itu. Setakat ini, hanya sebahagian kecil sahaja mayat telah dikenal pasti. Di bilik mayat sementara di bandar Escuintla kira-kira…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya