REMBAU 2 Jun – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini menghadiri majlis berbuka puasa bersama hampir 200 penduduk di Masjid Kampung Rendah, dekat sini hari ini. Majlis anjuran UMNO Bahagian Chembong itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangn Negeri Chembong, Datuk Zaifulbahri Idris. Turut diadakan penyerahan sumbangan kepada 10 orang anak yatim kawasan tersebut. Terdahulu Khairy yang hadir bersama isteri, Nuri Tun Abdullah mengambil kesempatan meninjau bazar Ramadan di pekan Rembau sebelum tiba di Masjid Kampung Rendah. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya