PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersetuju siasatan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibuka semula. Peguam yang mewakili keluarga Altantuya, Ramkarpal Singh berkata, Mahathir telah menyatakan persetujuan terhadap perkara itu dan ia perlu dilakukan mengikut peruntukan undang-undang negara. “Perjumpaan dengan Perdana Menteri hari ini (semalam) amat bermakna kerana semua pihak berharap satu penyelesaian dapat dilakukan mengenai kes ini,” katanya pada sidang akhbar di pekarangan Bangunan Perdana Putra di sini semalam. Terdahulu, Ramkarpal bersama bapa Altantuya, Dr. Shaariibuu Setev mengadakan pertemuan bersama Mahathir selama kira-kira 30 minit. Dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya