KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) menubuhkan Tabung Harapan Malaysia untuk menerima derma rakyat bagi mengukuhkan kewangan kerajaan. Penubuhan tabung tersebut dilakukan setelah melihat kesediaan rakyat untuk menderma kepada kerajaan bagi mengurangkan hutang negara yang didakwa berjumlah lebih RM1 trilion. “Terdapat ramai rakyat Malaysia apabila tahu kedudukan kewangan negara yang buruk, mereka sanggup memberi derma kepada kerajaan. “Kita mengalu-alukan sikap patriotik mereka dan mengucapkan terima kasih,” kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya Rabu lalu. Setakat semalam, jumlah wang terkumpul dalam tabung yang dibuka menerusi akaun Maybank itu sudah mencecah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya