PUTRAJAYA 27 Jun – Kabinet hari ini bersetuju untuk tidak menghentikan perkhidmatan e-hailing sebaliknya akan mewujudkan peraturan baharu bagi perkhidmatan tersebut. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, peraturan tersebut telah dipinda oleh kerajaan sebelum ini dan kini kementerian akan melihat semula perkara itu untuk dilaksanakan dengan adil seiring dengan perkhidmatan teksi di negara ini. Menurutnya, e-hailing tidak dapat diharamkan perkhidmatannya kerana ia telah menjadi trend perkhidmatan di negara-negara antarabangsa. “Jadi dengan pengumuman ini diharap pemandu teksi dapat bersabar kerana awal Julai ini kementerian akan mengumumkan peraturan-peraturan untuk pemandu e-hailing…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya