PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan kerajaan telah membuat permohonan untuk mengekstradisi bekas anggota Unit Tindakan Khas, Koperal Sirul Azhar Umar daripada pihak berkuasa Australia. Jelas beliau, terdapat permintaan supaya kerajaan membuka semula kertas siasatan terhadap pembunuhan berprofil tinggi model Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 20 Oktober 2006. “Kita tidak ada permohonan (untuk membawa pulang), saya tidak tahu ini pertama kali dengar daripada anda,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di sini hari ini. Sebelum ini Kosmo! melaporkan pihak berkuasa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya