PUTRAJAYA – Semua Ahli Parlimen daripada kerajaan akan diberikan peruntukan sebanyak RM500,000 dan RM200,000 untuk Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Ahli Parlimen pembangkang pula akan mendapat sebanyak RM100,000. “Semua peruntukan ini akan disalurkan sebelum perayaan Hari Raya Aidilfitri,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan menteri-menteri Kabinet. – K! ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya