KUALA LUMPUR 4 Jun- Kementerian Pertahanan melalui Majlis Angkatan Tentera (MAT) telah mengarahkan satu siasatan dibuat bagi meneliti dakwaan berlakunya kebocoran dokumen sulit berhubung pelantikan dan kenaikan pangkat pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, kementerian itu mengambil berat dakwaan tersebut secara serius dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika terbukti benar. “Kita telah arahkan Cawangan Provos Marsyal, Markas ATM untuk siasat perkara ini. Saya memberi jaminan bahawa setiap mesyuarat MAT yang dilaksanakan adalah rahsia termasuk perkara yang dibincangkan dan diputuskan,” katanya dalam satu kenyataan di sini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya