IPOH – Kementerian Pendidikan akan mengkaji semula cadangan membenarkan pelajar membawa alat peranti ke sekolah bagi tujuan membuat rujukan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, pihaknya akan membuat keputusan selepas melihat keperluan penggunaan peranti tersebut termasuk beberapa isu yang perlu diberi perhatian seperti keselamatan dan prasarana yang cukup. “Kita tidak mahu pelajar mempunyai alat peranti namun perisian yang digunakan tidak lengkap dan rangkaian internet jalur lebar yang rendah atau pelajar sendiri tidak mesra dengan teknologi sedia ada tersebut. “Kesemua faktor tersebut perlu berjalan dengan seiring,” katanya. …
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya