AMAL. Seramai 150 ahli Kelab Lancer GT Malaysia (LGTC) bersama ahli keluarga masing-masing menjalankan kerja amal dengan mengedarkan sumbangan barangan keperluan kepada golongan gelandangan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur baru-baru ini. Presiden LGTC, Mohd. Hairul Nizam berkata, ahli kelab berkenaan turut mengedarkan sumbangan buku dan alat tulis kepada anak-anak gelandangan tersebut. Katanya, program itu diadakan bagi membantu meringankan beban golongan tersebut dan memberikan peluang kepada ahli kelab LGTC untuk melakukan aktiviti amal. “Program ini dapat menerapkan sifat kasih sayang serta menyuburkan rasa tanggungjawab dalam membantu golongan tidak berkemampuan,” katanya.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya