JOHOR BAHRU 28 Jun – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi tempoh tiga bulan kepada pasukan khas yang dibentuk kerajaan negeri untuk mengkaji dan membawa langkah-langkah komprehensif bagi mengatasi kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini. Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pasukan khas yang dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Mazlan Bujang itu ditubuhkan bagi mengambil inisiatif melihat secara keseluruhan meliputi jangka panjang dan jangka pendek terhadap isu kesesakan berkenaan. “Dalam taklimat tadi, saya telah minta tindakan-tindakan segera yang boleh diambil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya