IPOH 6 Jun – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang mengalami keracunan makanan meninggal dunia di Hospital Seri Manjung, semalam. Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Ding Lay Ming berkata, kanak-kanak dari Kampung Changkat Chermin, Ayer Tawar itu bersama enam ahli keluarga lain mengalami gejala seperti sakit perut, cirit birit, muntah, dehidrasi, keletihan dan demam selain seorang mengalami sawan. Bagaimanapun katanya, hanya empat kes telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut termasuk kanak-kanak berkenaan. “Gejala bermula antara pukul 1 hingga 5 pagi Jumaat lalu dan kesemua mereka mendapatkan rawatan awal di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya