KUALA LUMPUR 29 Jun – Cadangan Kabinet yang mahu menarik semula penempatan tentera Malaysia di Arab Saudi adalah sesuatu yang melulu dan tindakan tersebut perlu dinilaikan sebaik mungkin. Hal ini kerana tindakan sedemikian bukan sahaja boleh menjejaskan hubungan baik yang terjalin di antara dua negara malah pelbagai lagi faktor lain secara tidak langsung boleh menjejaskan rakyat. Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md. Shukri Shuib berkata, walaupun tidak melibatkan peperangan, kehadiran tentera Malaysia di sana sebenarnya merupakan simbolik kepada perpaduan dan hubungan diplomatik antarabangsa. “Penarikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya