SINGAPURA 9 Jun – Sebuah penerbangan yang berlepas terus dari Pyongyang mendarat di Singapura hari ini menjelang jangkaan ketibaan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, esok. Ketibaan pesawat Airbus 330 milik syarikat penerbangan Air China itu membawa sebuah delegasi pegawai Korea Utara, menyertai pasukan diketuai pembantu rapat Jong-Un, Kim Chang Son yang lebih awal tiba di negara ini untuk membuat persiapan rundingan berkenaan. Menurut sumber yang terlibat dalam perangan perjalanan tersebut, Jong-Un dijangka tiba di Lapangan Terbang Changi esok bagi menghadiri sidang kemuncak bersama Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. -REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya