KAZAN, Rusia – Ketua pasukan Jerman, Manuel Neuer mengakui pasukannya layak disingkirkan selepas menghuni tangga tercorot Kumpulan E pentas Piala Dunia 2018. Pada bola sepak terbesar dunia kali ini, Jerman yang merupakan juara bertahan hanya meraih satu kemenangan dan dua kekalahan termasuk tewas memalukan 0-2 kepada wakil Asia, Korea Selatan dalam aksi terakhir peringkat kumpulan semalam. “Kami tidak beraksi seperti yang diharapkan. Ketiga-tiga perlawanan yang kami harungi tidak meyakinkan khususnya apabila anda bergelar juara bertahan. “Ini bukanlah aksi Jerman sebenar kerana barisan pemain tidak menunjukkan komitmen yang tinggi seperti biasa.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya