LEVERKUSEN 9 Jun – Timo Werner memberi sedikit kelegaan kepada Jerman yang masih bergelut dalam persiapan mereka untuk ke Piala Dunia apabila jaringannya membantu pasukannya meraih kemenangan pertama dalam lima perlawanan persahabatan mereka. Kejayaan menewaskan Arab Saudi 2-1 di laman sendiri hari ini sebelum berlepas ke Rusia amat diharapkan oleh Jerman yang sebelum ini gagal mempamerkan konsistensi dalam permainan. Walau bagaimanapun, selain gol Werner, Jerman menang atas sumbangan gol sendiri pemain Arab Saudi, Omar Hawsawi manakala gol tunggal pasukan pelawat dijaringkan Taisir Al-Jassim yang menyambar bola muntah hasil sepakan penalti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya