NILAI – Seorang penyelia kilang terpaksa menahan sakit lebih setengah jam apabila jari tengah tangan kirinya tertusuk paku pada papan palet di tempat kerjanya di sini pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa, R. Maniam, 58, dikatakan hendak menghalau anjing liar yang masuk ke kawasan kilang dengan membaling papan tersebut tanpa menyedari terdapat paku terlekat pada objek itu. Mangsa yang kesakitan selepas tertusuk paku sepanjang kira-kira 2.5 sentimeter kemudian segera dibawa ke Klinik Kesihatan Nilai oleh rakan sekerjanya bagi mendapatkan rawatan. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya