MUHAMAD IZZAT NASURUDEN/pix boy KUALA LUMPUR 3 Jun – Selebriti terkenal, Datuk Rosyam Nor menyifatkan tindakan pihak yang cuba untuk menggerakkan kempen boikot terhadap pasar raya ST Rosyam Mart miliknya bermotifkan politik dan terpengaruh dengan fitnah. Menurut Rosyam, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang mengkritik Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagaimana yang tular di laman sosial sebelum ini. “Selepas berita mengenai pembukaan pasar raya ini tular di laman sosial, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan gambar saya dengan memuat naik kenyataan di laman sosial yang mengkritik Dr. Mahathir. “Segelintir netizen yang terpengaruh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya