KUALA LUMPUR 28 Jun – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Mohamad menafikan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos telah ditahan di Riau, Indonesia seperti yang digembar-gemburkan semalam. Jamal Yunos Menurut beliau, pihaknya telah melakukan semakan mengenai dakwaan tersebut dengan pihak berkuasa Indonesia. “Saya dah semak perkara itu dengan pihak polis Indonesia kerana ada khabar angin bahawa dia telah ditangkap di Riau. Bagaimanapun, mereka telah maklumkan setakat ini belum ada tangkapan sedemikian. “Mereka (polis Indonesia) akan bantu kita sepenuhnya dalam kes ini,” katanya dalam sidang akhbar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya