ALOR SETAR – Kerajaan pusat pimpinan Pakatan Harapan (PH) sedang berusaha menyelesaikan isu lantikan Peguam Negara yang baharu, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau yang enggan mengulas lanjut isu tersebut bagaimanapun memberi jaminan penyelesaian akan dibuat menurut Perlembagaan Persekutuan dan lunas undang-undang. “Usaha sedang dijalankan mengenai masalah ini dan tidak ada manfaat untuk saya buat penjelasan sebelum usaha dijalankan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis PH Kedah di Seri Mentaloon, di sini hari ini. Turut hadir Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi PH negeri, Datuk Seri Mukhriz Mahathir…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya