KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan menyelesaikan masalah lambakan graduan doktor perubatan dan jururawat baharu yang masih belum mendapat penempatan di hospital kerajaan. Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, punca lambakan graduan doktor dan jururawat itu disebabkan peningkatan keluaran graduan perubatan dari institusi pengajian tempatan dan luar negara. “Sebab kedua lambakan itu adalah kerana kementerian melaksanakan Dasar Mengoptimumkan Sumber Manusia bermaksud tiada tambahan jawatan baharu ditawarkan kecuali secara tukar ganti atau agihan semula,” katanya dalam temuramah eksklusif dengan Bernama di sini baru-baru ini. Dzulkefly berkata, kementerian mengambil perhatian terhadap isu berkenaan dan bagi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya