BAITULMUQADDIS 5 Jun – Menteri Perisikan Israel, Yisrael Katz menggesa supaya satu gabungan ketenteraan ditubuhkan bagi menentang Iran sekiranya negara itu masih berdegil untuk meneruskan program pengayaan uranium gred tentera. Kenyataan Katz itu hadir ketika Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu melawat para pemimpin Eropah bagi membincangkan mengenai penglibatan serantau dan program nuklear Iran. Kuasa besar Eropah cuba mencapai kesepakatan dengan segera berhubung program nuklear Iran sejak Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan negara itu menarik diri daripada perjanjian berkenaan bulan lalu. Katz menyifatkan tindakan Iran yang mahu memulakan semula…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya