DARO 3 Jun – Bulan Ramadan membawa limpahan rezeki kepada golongan nelayan di sini apabila mereka memperoleh hasil tangkapan ikan lumek yang banyak. Seorang nelayan tempatan, Abdul Malik Sulaiman, 34, berkata, mereka bagaikan berpesta menangkap ikan lumek sejak dua minggu lalu. “Kedatangan Ramadan kali ini memberi rezeki kepada kami nelayan Muara Rajang terutama di kawasan utara Pulau Bruit. “Musim ikan lumek di sini bermula selepas berakhirnya musim tengkujuh pada bulan Februari sehinggalah pertengahan tahun ini,” katanya. Mengulas lanjut, katanya, ikan lumek mendapat permintaan tinggi di pasaran tempatan dan mampu mencecah harga RM25…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya