MELAKA 27 Jun – Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Idris Haron menafikan dakwaan ahli jawatankuasa bahagian itu bahawa beliau menggunakan pengaruh wang dalam usaha meraih sokongan perwakilan pada sesi pemilihan UMNO bahagian pada 30 Jun ini. Idris yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka berkata, apa yang dilakukannya seperti tawaran elaun lebih RM1,000 setiap bulan dan seekor lembu korban setiap tahun bagi setiap cawangan merupakan manifestonya sebagai Ketua Menteri sebelum ini dan ia akan diteruskan sekiranya terus dipilih menjadi Ketua Bahagian Tangga Batu. Menurutnya, apa yang dilakukannya itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya