GOMBAK – Polis sudah mengenal pasti identiti penumpang terakhir yang menggunakan khidmat pemandu Grab, Aiman Nosri, 27, yang ditemui maut di dalam kereta miliknya di Taman Selayang Makmur, Gombak pada Sabtu lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Tey Kong Seng berkata, maklumat itu diperolehi daripada pihak Grab bagi membantu siasatan kes tersebut. “Berdasarkan maklumat diterima, kami dimaklumkan penumpang terakhir yang menggunakan khidmat kereta mangsa adalah seorang lelaki warga asing. “Usaha mengesan lelaki terbabit sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. Kong Seng…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya