KUALA LUMPUR 8 Jun – Seorang suri rumah dihukum penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas pertuduhan bersubahat menyebabkan kematian anak sulungnya, tahun lalu. Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan demikian terhadap Noorfatiehah Ahmad Rokmar, 30, selepas mendapati keterangan pembelaan tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Hakim Azman dalam keputusannya berkata, tertuduh dalam keterangannya mendakwa dia gagal melihat kesan kecederaan lama dan baharu di tubuh mangsa dengan memberi alasan teman lelakinya yang memandikan anaknya itu. Namun, beliau berkata, keterangan saksi pendakwaan kelapan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya