MALAYSIA mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara dan raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Sejak dahulu lagi, institusi diraja cukup dihormati dan dipandang tinggi oleh segenap lapisan masyarakat. Namun begitu, keutuhan tersebut nampaknya sedikit tercabar dengan tindakan segelintir individu yang baru-baru ini mempertikai dan memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man. Malah, tindakan menggesa Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail tidak mencampuri urusan pentadbiran negeri itu dilihat tidak menghormati…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya