SHAH ALAM – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan harga barangan keperluan dan makanan yang dijual di pasar tani seluruh negara sepanjang musim perayaan Aidilfitri adalah berpatutan dan kompetitif. Menterinya, Salahuddin Ayub berkata, kementeriannya akan turut memastikan barangan yang dijual di 732 pasar tani di seluruh negara itu bermutu dan berkualiti untuk kegunaan pengguna. “Kita mahu 732 pasar tani itu berperanan sebagai pusat pengumpulan barangan keperluan dan makanan terutamanya kepada pengguna yang sedang membuat persiapan menyambut Aidilfitri. Dengan cara itu, pengguna mempunyai lebih banyak pilihan kerana barangan pasar tani…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya