PARIS – Pemain No. 1 dunia, Simona Halep enggan lagi mengulangi episod hitam musim lalu pada aksi final Terbuka Perancis menentang Sloane Stephen malam ini. Atlet berusia 26 tahun berkenaan meraih kemenangan bergaya dengan menumbangkan juara 2016 yang juga pemain pilihan ketiga, Garbine Muguruza dari Sepanyol dengan 6-1, 6-4 kelmarin. Kejayaan tersebut bukan sahaja meletakkan pemain Romania itu selangkah lagi menghampiri impiannya meraih gelaran Grand Slam pertama, malah mengukuhkan kedudukannya di ranking pertama dunia. Bagaimanapun, dia enggan terlalu yakin selepas tumbang kepada Jelena Ostapenko yang mencipta kejutan sebagai pemain Latvia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya