PUTRAJAYA – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini. Turut hadir pada pertemuan tersebut ialah Menteri Besar Terengganu, Dr. Samsuri Mokhtar dan veteran Pas, Datuk Mustafar Ali. Pertemuan tersebut adalah yang pertama dilakukan selepas Pakatan Harapan berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke -14 pada 9 Mei lalu dan membentuk kerajaan Persekutuan sementara Pas berjaya menubuhkan kerajaan negeri di Kelantan dan Terengganu. – K! ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya