BANDAR GUATEMALA – Kira-kira 25 orang termasuk sekurang-kurangnya tiga kanak-kanak terbunuh dan hampir 300 mangsa cedera dalam letusan gunung berapi di Guatemala kelmarin, kata beberapa pegawai. Mereka berkata, letusan Gunung Volcan de Fuego itu adalah paling dahsyat dalam tempoh lebih empat dekad. Gunung berapi itu mengeluarkan lahar merah yang mengalir sejauh 8 kilometer dan menghamburkan asap hitam serta abu melitupi ibu kota negara berkenaan, Bandar Guatemala dan kawasan lain. Mayat-mayat rentung ditemui bersama kemusnahan lain akibat gelombang panas piroklas ketika petugas-petugas cuba membantu mangsa yang cedera teruk akibat letusan tersebut.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya