KUALA LUMPUR 25 Jun – Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan rasmi kementerian dalam bahasa Mandarin hanyalah ‘kesilapan’ kecil. LIM GUAN ENG Perdana Menteri berkata, semua orang melakukan kesilapan dan perkara itu tidak perlu diperbesar-besarkan. “Ini kesilapan kecil, tidak mahu jadi isu besar. “Kadangkala kita buat silap. Saya fikir patut dibuat dalam tiga bahasa untuk khalayak Cina,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya