KOTA BHARU 26 Jun – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng diingatkan supaya tidak cuba bermain api yang akan membangkitkan kemarahan rakyat dengan sikap angkuh dan sombongnya memperlekehkan martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tindak-tanduk Guan Eng kebelakangan ini jelas dilihat sebagai satu bentuk hasutan, provokasi serta boleh mengundang benci-membenci dalam kalangan rakyat sekali gus menggugat perpaduan kaum di negara ini. “Pas memandang serius tindakan Menteri Kewangan menerbitkan kenyataan rasmi kerajaan dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Cina. Ini tidak pernah berlaku dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya