Pelaksanaan kadar sifar peratus cukai barang dan perkhidmatan (GST) berkuat kuasa pada 1 Jun lalu menyaksikan semakin banyak pengunjung memenuhi pusat beli-belah bagi mendapatkan barangan keperluan. Selain barangan keperluan, orang ramai turut mengambil kesempatan ini mendapatkan barangan kehendak yang sudah lama diimpikan seperti kereta baharu, barang kemas, telefon pintar mahupun bertindak menyelenggara kenderaan mereka. Penulis pada Jumaat lalu menghadiri sidang akhbar mengenai sifar peratus GST anjuran Habib Jewels Sdn. Bhd. dan mendapati orang ramai sudah membanjiri cawangan kedai barangan perhiasan itu seawal pukul 10 pagi. Menurut Pengarah Urusan Habib Jewels,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya