KAZAN – Ayam tambatan Perancis, Antoine Griezmann berikrar untuk kembali mendapatkan rentak permainan sebenar pada aksi pusingan kalah mati Piala Dunia 2018 selepas wujud khabar angin yang mendakwa dia akan digugurkan bagi perlawanan menentang Argentina di Arena Kazan malam ini. Penyerang Atletico Madrid itu mengharapkan peluang kedua buat dirinya dalam skuad utama Les bleus kerana yakin sejarah yang berlaku pada dirinya ketika kejohanan Euro 2016 akan berulang kembali. “Pada kejohanan Euro 2016, saya kembali mendapat sentuhan terbaik apabila Perancis mara ke peringkat kalah mati. Saya yakin perkara sama akan berulang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya