IPOH – Seorang ahli seumur hidup Gerakan Perak hari ini meminta Jawatankuasa Pusat Gerakan (GCC) mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) sebelum membuat keputusan untuk keluar dari gabungan Barisan Nasional (BN). Datuk Siew Kok Kan berkata, walaupun GCC berhak membuat keputusan tetapi ini satu perkara penting dan ia menjejas anggota parti keseluruhannya. “Saya menyeru kepada pemimpin peringkat pusat agar mematuhi perlembagaan parti iaitu mengadakan EGM sebelum membuat keputusan. “Pada mesyuarat itu, biar semua wakil membuat keputusan, sekiranya semua setuju, kita akur dan terima keputusannya,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Gerakan di sini. Sabtu lepas, Gerakan dalam satu kenyataan mengumumkan keputusannya untuk keluar dari BN sebagai sebahagian daripada matlamatnya untuk menyatukan kembali parti dan anggotanya selepas kekecewaan dan kejutan dialaminya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). – Bernama
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya