PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengumumkan kadar gaji minimum baharu sektor swasta selewat-lewatnya pada Ogos ini selepas selesai proses semakan dan mendapat kelulusan Kabinet. Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran berkata, Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) akan mengadakan mesyuarat pada 13 Jun ini bagi meneliti hasil Kajian Semula Perintah Gaji Minimum 2016. Beliau berkata, Jawatankuasa Teknikal Perundangan Gaji Negara (JTPGN) telah selesai menjalankan kajian itu sebagaimana diperuntukkan dalam Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732). Katanya, mesyuarat MPGN itu juga akan mempertimbangkan syor kadar gaji minimum dan perkara lain yang berkaitan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya