BUTTERWORTH – Seorang gadis berusia 15 tahun ditahan polis dalam operasi samseng jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth di sini selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan mencuri motosikal. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Noorzainy Mohd. Noor berkata, remaja yang tidak bersekolah tersebut ditahan selepas didapati menunggang sebuah motosikal bernombor pendaftaran palsu. Pemeriksaan kemudian mendapati motosikal tersebut dicuri di Kubang Semang baru-baru ini, katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, gadis tersebut telah direman dan polis sedang menjejaki beberapa lagi rakan jenayahnya yang dipercayai aktif mencuri motosikal di SPU dan Seberang Perai Tengah.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya