GUATEMALA CITY 6 Jun – Pihak berkuasa negara ini mengeluarkan amaran tentang peningkatan semula aktiviti gunung berapi Fuego yang sehingga kini mengorbankan 75 orang manakala hampir 200 lagi masih hilang. Institut Meteorologi, Gunung Berapi, Seismologi Insivumeh mengeluarkan amaran itu selepas satu letusan berlaku awal pagi semalam menyebabkan anggota mencari dan menyelamat bergegas menyelamatkan diri dan memaksa pemindahan dilakukan. Fuego meletus pada Ahad lalu dalam kejadian paling buruk sepanjang tempoh empat dekad selain menghamburkan debu dan lahar di sekitar bandar berhampiran. Agensi bencana alam negara, CONRED memaklumkan, seramai 192 mangsa masih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya